Lokasi - Auditorium Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
---

News :

Penganjuran forum tragedi Bukit Kepong makin panas
September 08, 2011

IPOH, 8 Sept - Forum susulan kontroversi tragedi Bukit Kepong mula menarik perhatian. Satu lagi akan diadakan di Ipoh esok, dengan tajuk 'Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar?'.

Ia akan berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Forum berkenaan akan bermula 3 petang, demikian menurut kenyataan pejabat Menteri Besar Perak semalam.

Empat ahli panel forum itu ialah bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Haniff Omar, bekas Ketua Polis Perak Tan Sri Yuen Yuet Leng, pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Prof Datuk Dr Ramlah Adam dari UiTM.

Laporan Bernama Online menyebut, ahli-ahli panel akan berhujah mengenai peristiwa bersejarah itu yang kini menjadi topik kontroversi dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa Mat Indera yang mengetuai gerombolan pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah pejuang kemerdekaan, manakala anggota polis yang terkorban adalah polis penjajah British.

Loading more stuff…

Hmm…it looks like things are taking a while to load. Try again?

Loading videos…