Cinematographer : Wanbilly
Editor : Wanbilly
"Pesan Abah"
Sebagai bapa dan wali yang telah diberikan amanah, Abah memaafkan segala kesalahan dan kesilapan Mimi sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan.
Abah juga merestui pernikahan Mimi dengan pilihan hati Mimi, Fidaus
Insha Allah sebentar lagi pernikahanmu akan Abah laksanakan. Semoga pernikahan Mimi dan Firdaus diberkati dsn memperolehi keredhaan Allah SWT, Amin ya Robbal alamin.
Sebelum itu, biarlah Abah memberi sepatah dua pesanan buat Mimi dan Firdaus sebelum Mimi sah menjadi tanggungjawab Firdaus.
Puteriku, Mimi.
Hamka berkata kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, dan bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Biarlah anak abah yang abah didik dari kecil ini menjadi isteri yang elok budi perkertinya, manis senyumannya, dan sabar melayan suaminya. Biarlah semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan sentiasa beirstighfar untuk anak abah selagi anak abah yang abah kasihi ini taat kepada suami serta menjaga solat dan puasa.
Abah harap Mimi sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Sungguh, abah tahu, perkahwinan bukanlah mudah. It is never a smooth sailing. A successful marriage requires falling in love many times, with the same person. So never stop trying. Make him fall in love with you everyday. You will find that your happiness will be his happiness, your shoulder will be his strength, and your smile will be his sun.
Abah dapat rasa semua ibu-bapa yang ada di dalam dewan ini akan faham apa yang abah bakal kata. Sebelum abah dikurniakan cahaya mata, abah tidak pernah tahu akan wujudnya perasaan kasih yang sebegini, perasaan yang abah bakal rasa untuk anak-anak abah. Tidak juga abah tahu yang abah mampu untuk sayang sayang yang sedalam itu.
Selepas abah selesai laksanakan nikah Firdaus dan Mimi nanti, sudah lepaslah tanggungjawab abah pada puteri yang abah kasihi itu, dan Firdauslah yang bakal menggantikan abah dalam keutamaan Mimi. 24 tahun yang lalu, elok tangisan pertama Mimi abah dengari, abah sudah berjanji, akan abah asuh puteri abah ini sebaik-baiknya. Sungguh, selama 24 tahun ini, abah cuba yang terbaik, dengan segala kudrat, kesabaran, kesyukuran, kemampuan yang Allah izikan pada abah untuk abah mendidik mana yang kurang, mengalakkan mana yang abah lihat baik, memberi sokongan apabila diperlukan, memarahi apa yang dia khilaf dan abah lakukan semuanya dengan penuh kasih sayang.
Malah mungkin tidak melampau sekiranya abah berkata, mungkin 24 tahun ini masih tidak cukup abah rasa untuk abah lepaskan puteri abah. Abah belum puas melunaskan tanggungjawab abah yang abah pikul sejak lama. Sebagai seorang bapa juga, abah tidak pernah berasa mudah untuk melepaskan Mimi ke dunia luar di mana abah tidak selalu ada untuk memerhati dan memimpin tangan Mimi. The art of letting go is never easy to master.
Tetapi mengingat kembali gadis kecil yang abah besarkan dahulu dan melihat di depan mata wanita yang hari ini, abah berasa bangga dan abah tahu Mimi telah bersedia. Abah punya keyakinan, pada anak abah yang sudah pun abah lihat pandai mengorakkan sayapnya sendiri, dan abah juga punya keyakinan yang tinggi pada bakal menantu abah yang abah lihat mampu untuk menyambungi tugas abah melindungi puteri abah ini. Tugas abah akan selesai selepas ini.
Allah befirman dalam surah ar-Rum, ayat 21, ‘dan diantara kebesarannya ialah dia mencipta pasangan untukmu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan Dia menjadikan antara kamu kasih dan sayang…’. Firdaus anakandaku, puteri abah itu adalah satu anugerah dan tanggungjawab yang telah Allah berikan pada Firdaus, sebagaimana Firdaus juga merupakan anugerah pada Mimi juga. Abah harap Firdaus lindungilah dan sayangilah anugerah itu. Hormatilah anugerah itu. Hormatilah peribadinya, sayangilah semua kelebihan dan kekurangannya, hargailah setiap pengorbanannya, dan jagalah hatinya. Permudahkanlah urusannya sebaik yang Firdaus mampu agar dia juga boleh menjaga urusan Firdaus semampunya. Berikanlah kasih sayang padanya dan didiklah dia selembutnya dan penuh sabar.
Abah berdoa agar Mimi boleh memberikan ketenteraman dan kebahagiaan itu pada Firdaus sebagaimana sudah banyak ketenteraman dan kebahagiaan yang dia sudah berikan pada abah. Alhamdulillah, abah bersyukur yang abah berpeluang untuk merasai kasih sayang puteri abah yang sungguh lembut jiwanya. Moga-moga, Firdaus juga boleh mengekalkan dan memelihara kelembutan itu, malah lebih dari Abah.

Loading more stuff…

Hmm…it looks like things are taking a while to load. Try again?

Loading videos…